Melatonin vs Serotonin

Apabila kita bangun pada waktu pagi, saat mata kita menerima cahaya melalui iris, reseptor dalam saraf optik menghantar isyarat ke sebahagian otak dikenali suprachiasmatic nucleus. Ia kemudian memberi isyarat ke kelenjar pineal dimana memberi respon dengan menghasilkan serotonin (penghantar neuron siang hari). Penghantar neuron atau juga dikenali juga sebagai penghantar impuls ialah utusan membawa bahan kimia yang menghantar dan berkomunikasi diantara sel saraf.

Penghantar impuls serotonin memberi isyarat kepada badan bahawa sekarang ialah masa untuk bangun. Informasi dalam badan berkomunikasi di antara semua deria memberi makna perbezaan persekitaran di dalam dan luar badan di mana serotonin akan merangsang gelombang otak daripada delta ke theta ke alpha ke beta menyebabkan kita sedar yang kita berada dalam keadaan fizikal dalam ruang dan masa. Kenapa gelombang beta? Ia merupakan perhatian yang lebih kepada persekitaran luaran, fizikal badan, dan masa. Apabila tiba malam dan hari semakin gelap, proses yang sama berlaku tetapi dalam keadaan terbalik. Kekurangan cahaya memberi isyarat melalui jalan yang sama ke kelenjar pineal dan sekarang kelenjar pineal menukar serotonin kepada melatonin (penghantar neuron malam hari). Penghasilan dan pelepasan melatonin membuat kita mengantuk, penat dan kurang untuk berfikir atau menganalisis. Sekarang gelombang otak secara perlahan bergerak dari beta ke alpha, perhatian kita lebih kepada kembali ke persekitaran didalam badan. Akhirnya tubuh badan kita tidur dan hanyut ke fasa katatonik (tidak berespons) seterusnya mendorong kepada tempoh tidur nyenyak.

Kehidupan kita sejak azali melalui proses ini yang dipanggil circadian rhythm (ritma tidur sikadian) di mana melibatkan sedar dan tidur. Kita semua maklum, jika kita keluar dari ritma semulajadi ini perasaan luar biasa hadir seperti bilamana kita bergerak ke negara lain yang mendahului zon masa normal kita. Ini dikenali Jet lag dan kita memerlukan sedikit masa untuk kalibrasi. Bila badan keluar daripada ritma sikadian semulajadi, biasanya ia mengambil masa untuk penyusuaian kepada keadaan baru matahari terbit dan tenggelam. Ini semua bahan kimia yang dihasilkan melalui interaksi kita dengan dunia tiga-dimensi luar – dari reaksi mata kepada matahari dan frekuensi cahaya nampak. Melatonin mendorong tidur pergerakan mata rawak (REM), fasa dimana sikadian ritma menyebabkan mimpi berlaku. Apabila pemikiran dan bualan di dalam kepala menghilang, membuka jalan ke tidur dan akhirnya fasa bermimpi, otak mulai melihat dan menerima imej, gambar dan simbol.

Dr. An'amt Bin Mohamed Noor